Sunday 8 July 2012

BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2012

Aktiviti-aktiviti PPDa yang dijalankan ialah seperti berikut:


i. Senam Robik (3 Mac 2012)
ii. Lawatan Agensi Dadah (19 Mac 2012)
iii. Pertandingan Mewarna


Objektif aktiviti-aktiviti PPDa
1.  Memberikan peluang kepada semua murid untuk menyertai aktiviti yang berfaedah dan   mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah, 
2.   Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya penyalahgunaan dadah,
3.  Membina disiplin kendiri yang kental dan utuh serta budi pekerti mulia dan terpuji dalam diri setiap murid,
4.   Membimbing murid-murid untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah,
5.   Membuka peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing-masing melalui aktiviti yang disediakan.

Gambar-gambar aktiviti-aktiviti Bulan Pencegahan Dadah 2012






Wednesday 7 March 2012

Merentas Desa

Merentas Desa 2012

Pada 11 Januari 2012, hari Sabtu, SJK(C) Poay Chai telah menjalankan merentas desa di SJK(C) Tanjung Dawai.  Aktiviti ini telah dibuka kepada semua warga SJK(C) Poay Chai dan SJK(C) Tanjung Dawai. Tujuan aktiviti dijalankan untuk membina kecergasan fizikal dan mental, memupuk semangat bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain dalam kalangan warga sekolah dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru dan pelajar dalam mengendalikan sesuatu acara besar.


 Murid memanaskan badan sebelum merentas desa bermula.

Murid-murid mengambil kertas kecil yang bercop di setiap stesen.

Guru mencatat nama peserta yang mencapai garisan penamat.

Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada semua peserta sebagai penghargaan.

Warga SJK(C) Poay Chai mengambil gambar bersama dengan warga SJK(C) Tanjung Dawai.

Wednesday 18 May 2011

Sambutan Hari Guru 2011

Sambutan Hari Guru tahun 2011 SJK(C)Poay Chai telah mengadakan majlis sambutan di Restoran Sin Long Fong di Sungai Petani, Kedah pada 16 Mei, hari Isnin.

Sekolahku 我的学校



Selamat Datang

Selamat melayari blog Pusat Sumber SJK(C) Poay Chai. Semoga anda akan lebih mengenali sekolah ini.