Wednesday 7 March 2012

Merentas Desa

Merentas Desa 2012

Pada 11 Januari 2012, hari Sabtu, SJK(C) Poay Chai telah menjalankan merentas desa di SJK(C) Tanjung Dawai.  Aktiviti ini telah dibuka kepada semua warga SJK(C) Poay Chai dan SJK(C) Tanjung Dawai. Tujuan aktiviti dijalankan untuk membina kecergasan fizikal dan mental, memupuk semangat bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain dalam kalangan warga sekolah dan memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru dan pelajar dalam mengendalikan sesuatu acara besar.


 Murid memanaskan badan sebelum merentas desa bermula.

Murid-murid mengambil kertas kecil yang bercop di setiap stesen.

Guru mencatat nama peserta yang mencapai garisan penamat.

Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada semua peserta sebagai penghargaan.

Warga SJK(C) Poay Chai mengambil gambar bersama dengan warga SJK(C) Tanjung Dawai.

No comments:

Post a Comment